Tuesday, May 19, 2009

SamBuTan HaRi GuRu

Kali ni saya nak uploadkan gambar2 sempena Sambutan Hari Guru di SK Sungai Karang, Kuantan....close fren saya (ela) nak sgt saya uploadkan gmbr2 cikgu di sini...dah rindu sgtlah tu kot kat geng2 kat sini...betul tak ela????Mcm2 xtvt dibuat sempena sambutan ni...tapi yg sadihnya..tahun ni cikgu2 yg kena buat persembahan....sebelum ni murid2 yg buat....tapi dpt GB baru tahun ni....dia nak cikgu2 yg buat persembahan....so....kena lah ikut arahan beliau....ok lah layan je lah gelagat2 kitaorang nie...



Murid2 berkumpul di dewan

Persembahan dari Guru Besar


Yang ni...kembar ela..hehehe...sama tak????


Persembahan dari guru panitia Mathematics

Persembahan dari guru panitia English

Persembahan berduet

Persembahan dari guru panitia Bahasa Melayu

Persembahan dari guru panitia Muzik

Persembahan dari guru panitia Science



Persembahan dari Pembantu Am

Persembahan dari GPK Ko


Persembahan dari Guru2 Pendidikan Khas


Persembahan Solo dari cikgu pemulihan

Persembahan dari ustaz2 n ustazah2..panitia Agama Islam

permainan bola jaring...lawan 2 kumpulan jer...
yang lain xnak main sbb hari ujan...padang basah..

Meriah jugak lah sambutan tahun nie....sbb cikgu2 memberi kerjasama n semuanya sporting2....SELAMAT HARI GURU... d SKSK'09







[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, May 12, 2009

BaLaSan MeNinGgaLkaN SoLaT

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.

"Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

solat Pictures, Images and Photos

[+/-] Selengkapnya...

Monday, May 11, 2009

WaJarKah PeLaJar Di RoTaN?????

Topik hangat sekarang ni adakah wajar pelajar dirotan????Kalau soklan ni dituju pada saya...mestilah saya cakap wajar...heheheee kan saya cikgu...saya tau r mcm mn keadaan kat sekolah tu....kalau lah pelajar2 ni tak dirotan makin berlemak lah dia...dipijak2nya kepala kita....zaman sekarang dah berubah...cikgu diperlekeh2kan,dimaki2,dipermain2kan oleh pelajar2....dahsyat!dahsyat!dahsyat!...kalau dulu zaman saya muda2 dulu..skrg dah tua daaa....tengok cikgu dr jauh ni dah gugup dah...berdebar2 jntng nie..punyalah takut....padahai bkn buat salah pun....tp betapa tingginya darjat seorang GURU...sampai mcm tu skali perasaan takut....bkn takut mcm tgk hantu tapiiii takut sbb rasa hormatnya kita pd guru....bila dah hampir dengan kita,perlu bg salam...berjalan tunduk....tak nak tunjuk langsung perangai tak elok depan guru.....itu zaman dulu.......zaman sekarang????????pelajar ni boleh jer buat tak nmpk cikgu dia kat depan mata....ada tu yg berlari2 smpai terlanggar cikgu nih...nsb baiklah cikgu tak jatuh....eh,mcm pengalaman sndiri jer??hehehee...Hmmmmm ntahlah apa nk jadi ngan pelajar skrg ni??baru jer dihukum skit...tup..tup...nm cikgu dah smpai kat guru besar...dah kena pnggil mengadap ngan GB n Ibu bapa skali....alih2 cikgu yg kena mnta maaf ngan diaorang...kesiaaaaaaaaann cikgu plak kena tunduk kat diaorang......

Saya heran juga knp ada ibu bapa yg x setuju anak2nya dirotan???bukannya bila guru2 dibenarkan merotan pelajar2...guru2 akan rotan sesuka hati mereka...mestilah ada syarat dan batasnya....sampai anak patah tgn,kaki....yg tu br boleh dipersalahkan guru....biar padan cikgu tu....hehehee saya ni sokong sblh mn nie???sebenarnya kalau setakat nak kaunseling jer pelajar2 yg bermasalah ni....tak jadi jugak....kl kena kaunseling,masuk telinga knan keluar tlinga kiri.....kl tak,xde lah mcm2 crita pasai mslah2 plajar di sekolah....

Dok crita pasai rotan nie,teringat plak pasai smlm(11.Mei.2009)...al kisahnya...saya tgh mengajar kat kelas 1 Fasih...kelas kedua hujung lah tu...ms dok tgh syok2 mengaja,hujan turun dgn lebatnya....hehehe krgn zmn skolah ni......dlm bbrp minit jer air dah naik paras buku lali...murid2 saya dah tak de mood dah nk blaja..dok jenguk2 kuar tngkap tgk air kat luar tu....xsenang duduk dlm kelas ...geram sgt dah tgk air !!! alih2 dalam dok larang ank murid nie....tup..tup...murid2 kat kls sebelah dah terjun dah dlm air....eeeeeeee...apa lg saya buka kasut saya...ye lah kasut br,nnti rosak plak.....masuk dlm air tu pi ke kls sebelah nk pi marah 2 3 org murid yg terjun tadi...bw pembaris sebatang...apa lagi...kena lah sebiji sorang....peeeeeeeeww..peeeeeeeeeeeeeew..peeeeeeeeeeew...(bunyi kena pembaris)oooops..saya bukan saje2 je nk g menyibuk kat kls diaorang...sbb ada ckgu tak masuk kls...hujan lbt sgt kot...smpai tak leh p ke kls???ntahla..saya pun pelik gak ngan ckgu2 ni....biasa lah manusia......bukan semuanya perfect....sama juga ngan saya.....jadi tu je lah nk critanya psl rotan nie....

jadiiiiiii dlm hal nie smuanya memainkan peranan masing2....mesti ada hubngan yg baik antara guru,murid dan ibu bapa.......mesti ada persefahaman.....sekiaaaaaaan....Jadi apa pendapat anda plak???wajar ke tidak murid2 dirotan....????

[+/-] Selengkapnya...

Friday, May 8, 2009

Sajak Untuk Ibu

Mother's Day/Rose Pictures, Images and Photos

Ibu
pada mu aku berlutut
Kerna wajahmu mengingatkan aku
zaman kanak-kanak dan kebudakanku
memberi ceria hidup ini


Ibu
Kaulah kekasihku
saling merindu di kala berjauhan
saling tersenyum dikala ku gembira
dan berduka bila keresahan


Ibu
ku tetap ingat......
syurga di tapak kakimu
berilah restumu
kejayaan hidupku


Ibu
dikala ini aku merindu...
dikala ini aku berjanji....
mengingati nasihatmu...
merapati hajatmu...


Ibu
kaulah kekasihku
akan ku kenang jasamu
sepanjang hayatku...




[+/-] Selengkapnya...

Thursday, May 7, 2009

12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAT

jom solat Pictures, Images and Photos

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :
"Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya."

Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

* Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.

* Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.

*Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.


Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :


* Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.

* Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.

* Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.


Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-


* Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.

* Kuburnya akan menjadi cukup gelap.

* Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).


Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :


* Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.

* Allah S.W.T sangat murka kepadanya.

* Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

[+/-] Selengkapnya...

Tag Oh Tag...........

Hmmmmmmmmmm...memang sahlah bulan Mei ni bulan Tag mengeTag....
Tag ni dtg dari U.N.C.L.E......cikgu ni memanglah suka sgt bg tugasan bnyk2 kat ank murid dia...tak pelah cikgu...nsb baik ank murid ni rajin gak nk wak tugasan....



















1) COPY gambar amal Islam di atas. 2) kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama 3) itu sahaja..senang dan mudah
4) laaaa...senang jer tugasan nie...k dah beres cikgu...

Now,1o orang tu adalah:-
1) umie
2) ela
3) nafisa
4) lekir
5) cikli
6) mahabbah
7) muyassarah
8) kak zue
9) chef kerui
10) kak G

[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, May 6, 2009

Tag lagiiiiiiiii.........

Tag ni diberi oleh umie....Nampaknya bulan ni bulan tag mengetag kot...pepun saya cuba jwb tag ni...

Peraturan nak jawab tag:
1.Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.













2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
# Award ni ...umie yang beri....
# Saya pun tak kenai rapat lagi ngan umie...cuma saya tahu yang umie ni baru berkahwin..
Selamat Pengantin Baru umie...heheheee lmbt ucap...sori..

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima
award seterusnya (anda di-tag)

1. saya berasal dr klate..
2. saya anak bongsu dari 6 org adik beradik
3. saya suka sangat aktiviti lasak dan mencabar tapi...dah tua2 ni xlarat lah plak...
4. suka melancong tapi pitis tak mencukupi....berangan je lah...
5. mende lagi nak cerita ni???xcukup 10 xpa ka??
6. hehehe ngelat...yg ke-6 ni ....saya tak pandai nak bercerita...pasal diri sendiri lagi lah
xpandainya....
7. suka cari ramai kawan...
8. tak pandai nak marah orang....tapi marah anak murid pandai lah....
9. suka buat blog dah bnyk dah blog yg saya buat...
10. last skali...saya ni pendiam jer orangnya.....

4. saya xnak tag sape2...tapi sape yg nak ambil tag ni sila kanlah......saya mengalu2kannya...

[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, May 5, 2009

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

solat Pictures, Images and Photos

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."


[+/-] Selengkapnya...

Monday, May 4, 2009

Tag Dari Uncle

Alamak!!!!!baru jer siap buat blog baru ni dah kena tag......kesiaaaaaaaaaaan.....saya ni bukannya pandai sangat nak menjawab soklan....tapi tag ni xpayah jwb soklan .syukur.....eh,kl xjwb soklan kena buat apa????jap..jap....check balik arahan tag....lorrrrrrr saya kena citer pasai tuan punya yang mengetag ni ke????abislah.....kl bab bercerita ni lagi la K.O. nyer....dahlah yg mengetag ni cikgu saya....adusssss....brp je lah mrkh dpt ek??????heheheheeeee pepun saya cb la jwb tag ni.....cara nak jwb tag ni...
Saya kena tulis 10 perkara pasai org yg mengetag saya....Haaa...nie dia 10 perkara pasai org yg mengetag saya.....baca yer jgn xbaca....

1) Namanya u.n.c.l.e bacanya uncle...hehehe ni nama samaran dia je kot..nama sebenor awak semua tahu ke???saya pun tak tahu...

2) Boleh kenal ngan uncle ni dlm grape nasyid(GN)..dlm chating....jadi kenai nama je lah..

3) Umur uncle ni...lebih kurang 40 tahun kot...hehehe jgn mare ek.....umo sebenor saya tak tau...muda lg la kot....saje je bg 40 sbb sesuai ngan nm uncle...

4) Setahu saya uncle ni keje kat sarawak...asal kat sana lah kot????sowi yer bnyk lg tak tau pasai uncle ni....

5) Eh,br no.5 ka???alamak nak citer apa lg ni???haaaaaaa....leh tahu pasai blog uncle ni,coz uncle rajin la jugak jenguk2 blog saya...pas tu uncle tngglkan address blog dia...bolehla saya jenguk2 blog uncle yg comey lote tu.....uncle tau ke pe dia comey lote tu????

6) uncle ni pelawak ore nye.......nasib baik uncle tak masuk raja lawak kl tak kalah la si Bang Bil tu....hehehe

7) Ooooo...pasai berumahtangga....hmmmm rumah tu dah ada tapi tangga tu tak pasti rrrr....dah kawin blum uncle????hehehe saya plak tnya soklan...sah dpt (0 markah)sbb dah lari tajuk....

8) yg ke-8 ni ada kaitan ngan no.7...kl uncle ni dah kawin,mungkin anak uncle dah 8 orang.....4 pompuan 4 lelaki....heheheheeee so cute...

9) uncle ni keje dia mengadap komputer tiap2 hari.....sbb tu tiap2 hr ada posting baru....semuanya lawak2...

10) ok yang last skali pasai uncle ni......bukan saje2 je uncle ni nak mengadap komputer tu....sebenornya uncle ni dah dinaikkan pangkat jd cikgu blog plak....hehehee....jd saya panggil lah dia cikgu......tq yer cikgu sbb bnyak dah ajar saya pasai berblog ni....

yessssssss...berjaya gak saya jawab tag ni....jangan marah yer uncle...kl ada salah silap harap diampun.....dalam 10 perkara di atas ada yang tak betui pun....tapi ada yang betui....almaklumlah orang yang mengetag saya ni cuma kenai di alam maya jer.....tu pun saya kenai pada nama jer....heheheeeeeeee harap uncle berpuas hati la dgn jawapan saya yer....saya nak sahut cabaran jer....bak kata uncle "cuma sbgai menyahut cabaran dlm permainan blogger"...

# Sekarang....giliran saya plak mengetag orang....jeng...jeng....jeng....bersedia ye...calon2nya ialah:-

*ela
*nafisa
*lekir
*kak G


[+/-] Selengkapnya...

Friday, May 1, 2009

Kisah Teladan




Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

[+/-] Selengkapnya...

life is beautiful © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute