Wednesday, August 5, 2009

LaWak Ke Tak LaWaK??????

1) Asan dan Sudin telah berjumpa dengan tiga ketul bom tangan... lalu mereka memutuskan untuk menyerahkannya ke balai polis.. "Bagaimana jika salah satu dari bom ini meletup sebelum kita sampai ke balai?" tanya Sudin"Itu senang aje" jawab Asan.."Kita tipu aja dengan mengatakan yang kita hanya berjumpa dua ketul..

2) Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye

Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.

Pemuda ; ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati.

Mat salleh ; Oh, I'm sorry

Pemuda ; It's ok, never min. Thank you.

Mat salleh ; Thank you too.

Pemuda ; ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.

Mat salleh ; ( hairan ) what for?

Pemuda ; ( four..four hmm five ) thank you five.

Mat salleh ; Are you sick?

Pemuda ; ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye .

Mat salleh ; ( bingung )

3) Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.

Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.

Doktor>: Kenapa?

Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

4) Ada 3 orang budak bersembang pasal cita-cita dia orang...

Lina:ko dah besar nak jadi apa?

Ah chong: saya da besa nak jadik Superman woo

Lina: saya dah besar nanti jadik supergirl

Ahmad:(Sambil korek idung) Saya nak jadi supermarket... macam-macam ada...

5) Seorang guru bertanya kepada murid2nya...

"Siapa guru yang paling kamu semua suka disekolah ini?"

"Cikgu la!" kata salah seorang murid sambil menunjuk kepada guru yang bertanya didepan kelas..

"Kenapa saya?" tanya guru itu mula merasa bangga..

"Kerana saya selalu berpeluang untuk tidur ketika cikgu mengajar.."



0 comments:

Post a Comment

life is beautiful © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute